Thursday, December 16, 2010

Kalendar Cuti Sekolah 2011

Memandangkan Disember sudah berada dipertengahan bulan, ini bermakna tahun 2010 akan berundur tidak lama lagi. Dan 2011 pula bakal menjelma. Jadi, kini semestinya sudah ramai usahawan, organisasi kerajaan, swasta mengedarkan kalendar syarikat masing-masing. Sesambil menyediakan kalendar tahun tersebut kepada pelanggan, kalendar ini juga merupakan salah satu teknik memperkenalkan syarikat dan organisasi mereka, jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan, produk yang dipasarkan dan juga bagaimana untuk terus berhubung dengan mereka. Jadi ini memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat sesuatu produk dan perkhidmatan di kawasan mereka dengan cepat dan senang.

Daripada pemberian tersebut, sebenarnya para pelanggan sangat menghargainya. Apa tidaknya, setahun dipamerkan di dinding rumah, gambar isteri pun xder buat macam tu, betul tak? Sesetengahnya isteri sendiri yang letak. Kekadang setiap hari ditatap kalendar tersebut. Bukan apa, sebab asyik terlupa hari dan hari bulan ajer, almaklum saja lah terlalu banyak urusan. Kalau tak tengok nanti kan terlupa pula tarikh-tarikh penting. Bukan setakat itu sahaja, bagi pelanggan-pelanggan yang kreatif, bila telah masuk tahun baru, kalendar-kalendar tadi tidak terus dibuang, terutamanya yang cantik-cantik dengan pelbagai gambar. Gambar-gambar tersebut akan di'frame'kan agar kelihatan lebih menarik.

Selain itu, kalendar ini juga penting kepada guru-guru, bukan pelajar-pelajar sekolah je nak tengok cuti, cikgu-cikgu pun nak tengok juga. Terutama cikgu-cikgu yang jauh nun di seberang lautan. Bila awal-awal lagi dah tahu tarikh cutinya, senang nak tempah tiket kapal terbang, kena pula dengan masa promosi, tersangatlah gembiranya hati. Dapatlah disimpan duit yang selebihnya untuk dibelanjakan di kampung halaman nanti.

Jadi, apa lagi, jom tengok tarikh cuti sekolah.



Setakat ini kita cerita tentang cuti sekolah dulu, nanti kita tambah lagi dengan cuti-cuti lain.

No comments:

Post a Comment