Kisah ini mungkin bisa membuatkan kita menghargai sebuah kehidupan dan mencintai segala yang dimiliki dengan keindahan. Ahmad hadir berjumpa dengan seorang ustaz lalu berkata, “ustaz, saya sudah bosan hidup. Sudah jemu dengan segala yang saya lalui. Rumah tangga tidak aman, perniagaan tidak stabil dan segala usaha saya lakukan tidak berhasil. Saya sudah berputus asa dengan keadaan ini. Saya ingin mati.”
Ustaz tersenyum, “Oh, kamu sakit?” Jawab Ahmad… “Tidak Ustaz, saya tidak sakit. Saya sihat. Saya sudah sesak dengan kehidupan yang dilalui. Itu sebabnya saya ingin mati.” Seolah-olah tidak mendengar luahan itu, ustaz meneruskan, “Kamu sakit. Dan penyakit itu sebutannya ialah ‘Alergi Hidup’. Banyak sekali di antara kita yang mengalami masalah alergi terhadap kehidupan begini. Hidup ini berjalan terus. Sungai mengalir terus, tetapi kita menginginkannya melawan arus kehidupan. Kita berhenti di tempat, kita tidak ikut ia mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Saat inilah namanyausaha diperlukan. Dalam perniagaan sentiasa ada pasang-surut. Dalam hal berumah-tangga, perbalahan kecil itu asam garam kehidupan.
Persahabatan pun tidak selalu kekal abadi. Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita. Lalu menemui jalan buntu.” “Penyakit itu bisa disembuhkan, asalkan kamu ingin sembuh dan bersedia mengikuti segala arahan ku.” demikian ujar Ustaz. “Tidak ustaz, saya sudah bosan hidup dan betul-betul ingin mati,” jelas Ahmad. “Baik, esok kamu akanmati. Ambillah tiga botol ubat ini. Satu botol minum malam ini, satu lagi esok awal jam enam pagi dan botol ketiga minum sebelum tidur buat kali terakhir, kau akan mati dengan tenang.”
Ahmad menjadi bingung dengan saranan ustaz tersebut. Kebanyakan ustaz yang dijumpai akan memberi semangat untuknya meneruskan hidup tetapi yang ini amat berbeza. Malah menawarkan racun kepadanya. Namun Ahmad menerimanya dengan senang hati kerana itu adalah kehendak dan tekad hatinya. Pulang kerumah, Ahmad terus sahaja menghabiskan botol pertama racun yang isebut sebagai “ubat” oleh ustaz itu tadi. Dan, ia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah ia rasakan sebelumnya. Begitu tenang, begitu santai! Kini dia hanya tinggal satu malam, satu hari, dan ia akan mati. Ia akan terbebaskan dari segala macam masalah.
Malam itu, Ahmad memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran masakan barat. Sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan selama beberapa tahun ini. Mungkin ini malam terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, ia bersenda gurau. Sebelum tidur, Ahmad mencium bibir isterinya dan membisikkan, “Sayang, aku amat mencintai mu.” Kerana malam itu adalah malam terakhir, ia ingin meninggalkan kenangan manis!
Esok awal pagi Ahmad bangun lalu membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya, lantas tergoda untuk melakukan senaman berjalan kaki. Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lagi tidur nyenyak. Tanpa membangunkannya, ia masuk dapur dan membuat dua cangkir kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Isterinya merasa cukup aneh sekali, “Abang, apa yang terjadi hari ini?” Jelas Ahmad… “Selama ini, mungkin aku salah dan mengabaikan sayang. Maafkan aku...”
Di pejabat, Ahmad menyapa setiap orang dan bersalaman. Kakitangannya pun menjadi bingung, “Hari ini, Bos berperangai agak aneh?” Dan sikap kakitangannya pun langsung berubah. Mereka menjadi lembut. Dan kerana hari itu adalah hari terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis buat semua! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Ia menjadi ramah dan lebih toleransi menerima pendapat orang lain. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Ahmad mulai menikmatinya. Pulang ke rumah jam 5 petang, ia melihat isteri tercinta menunggunya di hadapan rumah dengan senyuman mesra dan memberikan ciuman kepadanya. Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, menyapa Ahmad dan berkata
“Ayah, maafkan kami semua. Selama ini jika ayah tertekan dengan perilaku kami semua.” Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalirkembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Di malam hari Ahmad berhasrat untuk membatalkan niatnya untuk bunuh diri. Tetapi bagaimana dengan botol yang sudah dia minum sebelumnya, adakah dia akan menemui kematian?
“Ya Allah, apakah maut akan datang kepada ku. Jauhkan kematian itu Ya Allah! Aku takut sekali jika aku harus meninggalkan dunia ini”. Sepantas itu Ahmad segera menghubungi ustaz tersebut. Selepas menjelaskan segalagalanya pada ustaz, tentang betapa indahnya kehidupan ini kala dia lalui dengan rasa cinta dan penuh tenang. Ustaz faham benar dengan keadaan itu lalu berkata “Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dalam keinginan, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut akan dating menjemput mu, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan dengan penuh berharga. Leburkan ego mu, keangkuhan mu, kesombongan mu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan.
Kau tidak akan susah menghadapi setiap masalah kehidupan, tidak akan bosan. Kau akan merasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.” Ah, indahnya dunia ini……
Petikan daripada Majalah Nona
Nukilan: En.Kiffy Razak
No comments:
Post a Comment