Wednesday, March 23, 2011

Keropok segera murah dan sedap


 Kelebihan Keropok Segera Kami:
- Saaaaaaaaaaaaangat sedap untuk dimakan.
- Saaaangat Murah untuk dibeli.
- Boleh terus dimakan tanpa perlu menggoreng.
- Banyak khasiat yang terkandung terutamanya protein pada ikan segar yang kami digunakan.
- Sangat sesuai tidak kira peringkat umur. 
   Terutama untuk kanak-kanak. Gantikan jajan kegemaran mereka dengan keropok ini.
- Menggunakan ikan segar terpilih.
- Tiada rasa gatal bila dimakan.
- Sesuai untuk pelbagai majlis.
- Makan sambil santai, picnic, menonton tv dan lain-lain pun sesuai.
- Cadangan: Sesuai dijadikan salah satu cenderahati majlis seperti majlis perkahwinan.

Kandungan:

Ikan Segar, Tepung Kanji, Garam, Perisa yang dibenarkan.
Setiap pack mengandungi 80g keropok.

Pakej

Terdapat beberapa pakej yang telah kami sediakan untuk memudahkan anda. Walaubagaimanapun, harga bagi pakej ini tidak termasuk kos penghantaran. Jom Pilih...pilih...pilih...murah-murah saja.... :D

Pakej 1
Pakej 2


Pakej 3


Dapatkan segera, pasti xrugi...Dijamin seeeedap..
Makan sekali, pasti nak lagi.
Cepat...cepat...cepat...sebelum kehabisan stok.

Untuk Tempahan, sila hubungi saya di:
Email: Mas_butterfly155@yahoo.com


Tuesday, March 22, 2011

Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang wanita syurga? Soalan sebegini senantiasa bermain di fikiran kita bukan. Berikut merupakan ciri-ciri yang dipetik daripada majalah iluvislam untuk dikongsikan bersama para pembaca. Semoga apa yang dikongsikan boleh menjadi panduan untuk kita maju selangkah mendekati Allah SWT.

1.   Bertakwa.

2.   Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, 
      dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3.   Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad  
      adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan 
      Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4.   Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat 
      melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5.   Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah 
      dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat 
      kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala 
      kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6.   Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah 
      ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7.   Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8.   Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, 
      serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9.   Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, 
      memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, 
      dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10.  Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11.  Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan 
       orang lain (ghibah).

13.  Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14.  Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15.  Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Sunday, March 6, 2011

Keropok

Hari ini aku nak cerita pasal keropok segera. Keropok yang aku selalu makan sejak kecik-kecik dulu sampai la sekarang, kira keropok favourate la ni..meeeemang sedap..kat rumah aku memang selalu ada..suka makan masa duk sembang2, tengok tv, buat keje sekolah dan macam2 lagi lah.

Masa aku kat universiti dulu, aku selalu bawa banyak2 keropok ni. Tak sangka pula kawan2 aku pun suka. Setiap kali balik cuti semester ramai je kawan2 yang order. Tapi xboleh ambil byk order sbb datang dengan bas jer...susah wey nak bawak banyak2...sbb u aku ngn bus station, jauuh...kekadang diorang bertegas nak banyak, sebab nak bw balik kt kg diorang, nak bagi family diorang rasa..sian pulak kalo xtolong.. jadi nak xnak aku tlg gak....tp..haaa..tp dengan satu syaratla...pagi2 tu, ambil aku kt bus station...kui3...aku memang x ambil untung, duit minyak pun aku x ambil gak...mmg pure harga kopok masa tu...bukan apa, kawan selalu tolong aku, aku pun kena tolong juga...

Bila masing-masing dah keje ni, rupanya kawan2 aku masih ingat lagi dgn kopok aku...hehehe.. Alhamdulillah...kalo makcik yang buat kopok tu tahu, mesti dia suka.. ada kawan aku yang sorang tu bukan setakat keropok segera, keropok keping yang belum digoreng tu pun dia suka sangat makan...(ampun aku citer sal ko...bukan ape..ni tandanya aku ingat kat ko..hehehe)... baru-baru ni dia ada pesan kopok, sebab dia mengidam nak makan kopok tu..dia kata dah banyak tempat dia cari, tp xder yang sama dengan kopok tu...

Baru-baru ni, aku bawa balik kat rumah mak mertuaku...dalam masa sehari je dah habis...
waaaah suka benar anak2 saudara mak lang  makan kopok yer...xper nanti mak lang beli lagi....seronok bila tengok orang suka makan apa yang kita bagi... :D

haaa ada saper2 nak order keropok ni....??? pakej pembelian saya dah sediakan. sila rujuk post "Keropok segera sedap dan murah" pada blog saya. Meeemang Murah. Kalau berminat, sila email saya  ok..(mas_butterfly155@yahoo.com). maafla hari ni saya xdapat tunjukkan gambar kopok tu, sebab xsempat ambil...nanti sy letak lain kali yer...

Tuesday, March 1, 2011

Cenderahati kahwin

Saje je ni...cuba2 buat...mana tahu kot-kot jadi...bendanye simple dan murah saje...buat aper mahal2 kan...last skali buang gak....

Cermin lipat.. :D


Bunga telur
Kalau nak, boleh tambah assesori lain lagi ni...letak manik2, daun ke, atau tambah lagi reben...tp kosnya lagi bertambahlah kan...


Lyrik: Insya Allah - Mahen Zain Malay Version

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan