Tuesday, March 22, 2011

Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang wanita syurga? Soalan sebegini senantiasa bermain di fikiran kita bukan. Berikut merupakan ciri-ciri yang dipetik daripada majalah iluvislam untuk dikongsikan bersama para pembaca. Semoga apa yang dikongsikan boleh menjadi panduan untuk kita maju selangkah mendekati Allah SWT.

1.   Bertakwa.

2.   Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, 
      dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3.   Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad  
      adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan 
      Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4.   Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat 
      melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5.   Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah 
      dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat 
      kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala 
      kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6.   Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah 
      ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7.   Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8.   Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, 
      serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9.   Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, 
      memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, 
      dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10.  Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11.  Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan 
       orang lain (ghibah).

13.  Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14.  Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15.  Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

No comments:

Post a Comment