Monday, June 20, 2011
Khasiat Kacang Badam Untuk Turunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian daripada Universiti California, badam kaya dengan ‘polyunsaturated fat’. Seseorang yang mempunyai kolesterol yang tinggi boleh menurunkan kadar kolesterol dengan mengamalkan pemakanan badam dalam diet hariannya. Jadi makanlah badam setiap hari untuk mengurangkan kolesterol dalam badan kamu.
Makanan Terbaik Untuk Diet
BROKOLI - Satu cangkir brokoli yang direbus mengandungi zat besi dan serat. Ia mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kanser.
EPAL – Sebiji epal memberi kamu 10 peratus serat yang disarankan pada kamu. Ia mampu menjadikan perut lebih anjal
YOGURT – Mengandungi ‘probiotik’ yang baik untuk pencernaan. Juga merupakan sumber kalsium yang baik serta diyakini dapat membantu mengatasi ‘irritable bowel syndrome’ dan mengurangkan risiko kanser.
SAYURAN BERWARNA HIJAU GELAP Sayuran hijau mengandungi banyak vitamin, zat besi dan serat untuk menyihatkan kulit, rambut serta kuku
PISANG – Kandungan potasium yang tinggi dan mampu meningkatkan tenaga tanpa gula tambahan.
Petikan Majalah Saji, Jun 2011.
Labels:
Pemakanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment