Sunday, June 19, 2011

Tanaman Penghilang Bau Badan

Bau badan yang berlebihan membuatkan kita rasa tidak selesa. Terutamanya semasa berada dikhalayak ramai. Keadaan ini terjadi bukan hanya berpunca daripada diri yang tidak dibersihkan (tidak mandi) dalam satu jangka masa yang terlalu lama, akan tetapi berpunca dari dalam badan seseorang. Ia mungkin disebabkan oleh pemakanan dan tahap kesihatan seseorang. Sebagai contoh badan yang cepat berpeluh. 

Peluh

Peluh dihasilkan oleh kelenjar accrine dan apoccrine yang berada di lapisan kulit kita. Kelenjar accrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apoccrine banyak terdapat di bahagian ketiak, dan bahagian-bahagian lain yang berbulu.

Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja. Peluh yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh rangsangan emosi. Peluh dari kelenjar apoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apoccrine . Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Untuk makluman semua, amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan. 

 Bagaimana cara mengatasinya? 

Secara tradisionalnya terdapat beberapa tanaman penghilang bau badan. Antaranya adalah:
1. Bunga Cengkih

 
Bunga Cengkih
*Cara pakai : 
-beberapa kuntum bunga cengkeh direndam sehingga mengembang kemudian airnya diminum.

*Minuman : 
-Air rebusan beberapa kuntum bunga cengkih dicampurkan dengan gula merah. Ia sesuai dijadikan minuman segar dan untuk menghangatkan badan semasa hujan.


2.Halia


Sebagian besar masyarakat India percaya, kalau rajin memakan halia boleh membuat badan seseorang menghasilkan aroma yang wangi. Menurut Pen Chao Cing dari kaisar Shen Nong (3000 SM), halia segar dapat menghilangkan bau badan sekaligus mendekatkannya pada aura spiritual.

Cara pakai : 
Dijadikan sebagai minuman halia.

Bahan Minuman :
  • gula batu / gula pasir / gula merah secukup rasa (tapi lebih baik pakai gula batu)
  • 2 ibu jari halia, kupas kulitnya, cuci lalu hiris kira-kira setebal 1 cm kemudian ditumbuk
  • 1-2 biji bunga cengkih
  • Air mendidih
  • 2 inci batang kayu manis.
  • 2 inci cekur, kupas kulitnya, cuci, lalu digeprek juga sedikit
Perhatian : Semua dicuci dengan air matang.

Cara membuat minuman halia
  1. Campurkan halia, cekur, cengkih, gula batu dan kulit kayu manis ke dalam gelas kemudian masukkan air mendidih.
  2. Kacau sehingga gula batu larut.
  3. Halia perlu ditekan-tekan sedikit supaya sarinya keluar. Minum hangat-hangat.
  4. Kalau ingin lebih pedas, boleh dimasak dulu sebentar dengan 300cc air sehingga lebih banyak  sari halia keluar. -Pertama masak dengan api besar dulu sampai mendidih, sambil dijaga jangan sampai melimpah, lalu kecilkan api, kemudian masak sekitar 10 minit.
  5. Tapi kalau ingin pedasnya sedang, bahan-bahan tadi tidak perlu dimasak, cuma sekadar menggunakan air mendidih sahaja. Yok cuba yok...!!!
 3. Limau Purut

 


Cara pakai : 
Minum jus campuran kulit limau purut dengan sebatang cekur yang dikisar bersama dengan air secukupnya.

Rasanya sampai disini dulu tips untuk hari ni...sebenarnya terdapat beberapa tanaman lagi yang saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian. Walau bagaimanapun masa tidak mengizinkan, jadi saya akan kongsikan di lain hari dengan anda semua. ok bye2..

No comments:

Post a Comment